Abdul Fadhil bin Abu Bakar Banten

Abdul Fadhil bin Abu Bakar Banten berasal dari Banten iaitu sebuah daerah di Jawa Barat. Beliau lama menuntut di Mekah dan telah sampai di Tanah Melayu atau Malaya pada tahun 1915. Beliau kemudiannya tinggal menetap di Lenga yang terletak kira-kira 48 km dari Bandar Maharani.[1]Semasa tinggal di sana, beliau mengajar agama di masjid-masjid dan di surau-surau. Selepas mengajar beliau berwirid begitulah caranya beliau mengembangkan Wirid Khaujakan iaitu satu daripada amalan Tariqat Naqshabandiayah disamping Tariqat Tijaniyah. Beliau kemudiannya berpindah ke Muar selepas kematian isterinya. Di Muar, beliau tinggal di Batu 2 1/2 Jalan Bakri, di sana beliau meneruskan aktivitinya mengajar agama disamping mengembangkan Wirid Khaujakan di masjid-masjid dan surau-surau di sekitar Muar termasuk di Masjid Jamek Muar (sekarang dikenali dengan Masjid Jamek Sultan Ibrahim).[2]Kira-kira pada tahun 1942, semasa Tanah Melayu dalam pemerintahan Jepun, Sultan Johor ketika itu, Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar, sangat bimbang terhadap keselamatannya, keluarganya dan rakyat jelata seluruhnya. Beliau telah menitahkan Pegawai Daerah Muar ketika itu, Dato' Osman Buang, untuk mencari seorang ulama yang boleh membantunya dalam mengatasi masalah itu. Dato' Osman telah mencadangkan Haji Fadhil Banten yang sanggup berdoa seperti yang dihajatkan oleh Baginda Sultan.[1]Haji Fadhil Banten kemudiannya telah dibawa ke Johor Bahru dan Sultan Ibrahim telah menawarkan kepada beliau supaya tinggal disebuah rumah berhampiran dengan istana, tetapi beliau telah memilih untuk tinggal di Masjid Pasir Pelangi, kerana suasana di masjid lebih memudahkan dan lebih baik baginya untuk beribadah.Tuan Guru Kiyai Haji Abdul Fadhil bin Abu Bakar Banten turut bertanggungjawab menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Wirid Khaujakan.[3][1]

Abdul Fadhil bin Abu Bakar Banten

Lahir: 1871
Nama: Abdul Fadhil bin Abu Bakar Banten
Etnik: Melayu
Wafat: 18 Zulkaedah 1353 bersamaan 20 Fabruari 1935
Rantau: Semenanjung Tanah Melayu